Adakah anda Yakin & Pasti segala harta yang anda miliki hari ini, akan mudah diwariskan kepada generasi selepas anda?

Atau, mungkin ia hanya bakal TERBEKU sahaja di amanah raya dan sukar dituntut?

Anda Mungkin Membayangkan Keadaan Seperti Ini…
Keluarga anda kekal hidup harmoni, anak-anak kekal rapat, pasangan anda (isteri/suami) juga tidak terabai oleh mereka, tiada persengketaan dan pergaduhan berlaku dalam tuntutan harta-harta anda yang bakal menjadi pusaka selepas ketiadaan anda, suatu hari nanti.
Tetapi, realitinya… Ini yang pernah berlaku!
Lebih RM70 billion nilai aset TERBEKU tidak dituntut oleh waris (data tahun 2020, data terkini mungkin lebih)
Adik-beradik sanggup berbunuhan antara satu sama lain demi mendapatkan harta pusaka
Waris sanggup memaksa dan melakukan kekerasan kepada orang yang lebih berusia bagi mendapatkan harta pusaka yang diingini
Campur tangan ipar-duai menjadikan keadaan lebih rumit dan hilang rasa hormat sehingga sanggup mencedera satu sama lain
Bagus menyegerakan tuntutan pusaka dan pembahagian kepada waris yang layak, tetapi bukanlah di kubur ketika sedang menguruskan jenazah
Kurang ilmu dan pengetahun dalam perancangan serta pengurusan harta pusaka boleh akibatkan keharmonian hidup berkeluarga mula retak dan renggang
Adakah anda mahu ia berlaku kepada keluarga anda juga?
Buatlah Perancangan Harta!
Supaya Hidup Lebih Tenang,
Pergi Esok Lebih Bersedia,
Waris Juga Senang Urus!
Membuat Perancangan Harta Adalah Galakan Dalam Islam
Al-Imam al-Qurtubi apabila menafsirkan ayat tersebut telah menyebutkan bahawa:

Ayat ini adalah asas bagi perbahasan masalih al-syar’iyyah iaitu menjaga agama, diri, akal, nasab dan harta. Maka setiap perkara yang menjadi jaminan dalam mencapai tujuan tersebut adalah suatu kebaikan.
(rujukan Al-Tafsir al-Wasit li Al-Quran al-Karim, Muhammad Sayyid al-Tantawi (Sheikh al-Azhar))

Maka, membuat perancangan harta bagi menjamin kelestarian hidup ahli keluarga yang ditinggalkan kelak adalah suatu kebaikan dan dalam situasi-situasi tertentu boleh menjadi satu kewajipan.

Antara kaedah merancang harta yang dibenarkan di dalam Islam ialah Wakaf, Hibah, Sedekah, Wasiat, Amanah.


DALIL HIBAH

AL-QURAN: Surah Al-Nisa Ayat 4

فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

Maksudnya: Kemudian Jika Mereka Dengan Suka Hatinya Memberikan Kepada Kamu Sebahagian Dari Mas kahwinnya, Maka Makanlah (Gunakanlah) Pemberian (Yang Halal) Itu Sebagai Nikmat Yang Lazat, Lagi Baik Kesudahannya.

HADIS:

تَهَادُوا تَحَابُّوا

Maksudnya: “Saling Memberi Hadiahlah Kamu Nescaya Kamu Akan Saling Sayang-Menyayangi.”
(Riwayat Al-Bukhari)
Bagaimana Buat Perancangan Harta?
Perkara paling asas dalam membuat perancangan harta adalah…
Dokumen Wasiat
Kenapa Perlu Buat Dokumen Wasiat?
Melantik WASI, iaitu orang yang dipertanggungjawab untuk menguruskan tuntutan harta pusaka selepas kematian pemilik harta [sebaiknya syarikat amanah (trustee)]
Anda boleh senaraikan kesemua harta milik anda, supaya waris dapat mengetahuinya dan membuat tuntutan pusaka di kemudian hari, dengan lebih pantas
Anda boleh senaraikan kesemua hutang yang anda ada, supaya waris boleh mengetahuinya dan cara untuk melangsaikannya
Harta itu milik anda. Jadi, anda berhak untuk tentukan siapa pemilik seterusnya & berapa bahagian, mengikut hasrat anda dan nyatakan dalam dokumen wasiat
Tak perlu lagi mohon Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration) kerana dalam dokumen wasiat, pemilik sudah melantik wasi. Wasi hanya perlu mohon probate di Mahkamah Tinggi dan Sijil Faraid di Mahkamah Shariah
2 orang penjamin yang mempunyai nilai harta sama atau melebihi pemilik, adalah tidak diperlukan jika ada dokumen wasiat. (Jika nilai harta pemilik adalah besar, tidak mudah untuk mencari 2 orang yang mempunyai nilai harta sama atau melebihi pemilik dan sanggup menjadi penjamin)
Suami adalah digalakkan untuk bahagian ini. Suami perlu nyatakan dalam dokumen wasiat jika mahu isteri sebagai penjaga kepada anak-anak yang di bawah umur 18 tahun. Jika tidak dinyatakan, by default, tanggungjawab menjaga anak-anak adalah kepada keluarga sebelah suami. Juga, selain isteri, boleh letak nama lain secara spesifik, yang difikirkan boleh galas tanggungjawab ini
Mungkin ada harta-harta pemilik yang tidak dimasukkan dalam senarai aset di dokumen wasiat, sama ada ia baru dimiliki selepas membuat dokumen wasiat (dengan anggapan tidak sempat membuat penambahan) atau ia baru diketahui. Jadi, pemilik boleh tentukan bagaimana cara baki harta itu diagihkan kepada waris-waris yang layak. (Sebagai contoh: agihan sama rata atau ikut faraid)
Dalam Dokumen wasiat, anda boleh nyatakan bagaimana sebahagian harta-harta anda (tidak melebihi 1/3 keseluruhan harta) diagihkan untuk wakaf atau kepada bukan waris, seperti anak angkat
Anda juga berpeluang untuk menyatakan arahan tambahan atau pesanan terakhir anda dalam dokumen wasiat. Contohnya: anda berpesan supaya anak-anak tidak berbalah tentang harta ditinggalkan, sentiasa berbaik-baik, menjaga solat atau apa saja yang ingin diluahkan/ disampaikan selepas kematian
Buat Perancangan Harta Hari Ini!
Wasiat Mempercepat Proses Pencairan Aset
as-Salihin Trustee Berhad Merupakan Pilihan Yang Tepat Untuk Buat Perancangan Harta
Kami berdedikasi menyediakan perkhidmatan pengurusan harta pusaka berlandaskan Syariah kepada umat Islam.
  • Kami adalah sebuah syarikat yang kekal kewujudannya dan akan memastikan proses pentadbiran harta pusaka akan dijalankan sepenuhnya sehingga pengagihan akhir dilaksanakan.

  • Sebuah syarikat amanah yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan umat Islam bagi memelihara, melindungi, dan mengagih harta berdasarkan prinsip Syariah dan undang-undang. Diterajui oleh Lembaga Pengarah dan Lembaga Penasihat Syariah yang berpengalaman dan pakar dalam bidang undang-undang sivil, Syariah dan kewangan.

  • Merupakan sebuah syarikat amanah yang dikawal selia dan terikat di bawah undang-undang dan mempunyai sistem pengurusan yang sistematik bagi memastikan pentadbiran harta pusaka dapat dilaksanakan dengan cepat, lancar dan amanah.
Pencapaian as-Salihin:
Berpengalaman lebih 20 tahun dan terus cemerlang!
as-Salihin mempunyai lebih 5,000 Perancang Harta Pusaka Islam (IEP) di seluruh Malaysia
Mengapa Rancang Harta Di as-Salihin Trustee?
Pakej Komprehensif
Merangkumi aspek Dokumentasi, Pentadbiran & Pengagihan
Murah & Berbaloi
Harga yang lebih kompetitif berbanding pesaing yang lain
Klausa Tanpa Had
Tiada had penyenaraian harta dan syarat dalam dokumen
Tanpa Kerumitan
Pentadbiran dilakukan dari mula hingga akhir oleh as-Salihin
Cepat & Mudah
Dokumentasi siap dalam masa 7 hari bekerja sahaja
Pakej Rancang Harta:
Pakej 1: RANCANG HIBAH
Jika anda sedang mencari cara untuk meng’hibah’kan (menghadiahkan) sesuatu harta terus kepada waris (atau bukan waris) yang tertentu, tetapi mahu pertukaran hakmilik harta itu hanya berlaku selepas kematian anda, ini adalah pakej yang paling sesuai.

Pakej Rancang Hibah terdiri daripada 2 perkara iaitu:
  • 1 x dokumen wasiat
  • 1 x perjanjian hibah untuk sesuatu harta yang dinyatakan
Contoh Situasi 1:
Suami isteri beli sebuah rumah. Dalam geran 2 nama, tetapi loan, hanya nama isteri dan isteri yang membayar

  • Risko:
    Jika suami meninggal dulu, keluarga sebelah suami berhak untuk menuntut bahagian Faraid mereka ke atas rumah itu, walaupun yang membayar adalah isteri. Perkara sama juga berlaku, jika isteri meninggal dulu.

  • Penyelesaian:
    Suami dan isteri perlu buat Rancang Hibah untuk menghadiahkan hak masing-masing secara keseluruhan, selepas meninggal dunia

Bayaran:
RM2,500 per orang
Contoh Situasi 2:
3 rakan kongsi, iaitu Ahmad, Abu dan Ali berkongsi modal menubuhkan sebuah syarikat. Ahmad pemegang saham terbesar iaitu 60%, manakala Abu dan Ali masing-masing 20%.

  • Risko:
    Saham syarikat akan termasuk sebagai harta pusaka selepas kematian seseorang dan akan diwarisi oleh semua waris-waris yang layak. Urusan syarikat bakal menjadi masalah jika terdapat campurtangan ramai waris, yang masing-masing mahukan hak mereka. Juga, proses tuntutan pusaka memakan masa yang agak panjang.

  • Penyelesaian:
    Pemilik saham perlu buat Rancang Hibah bagi menyatakan secara jelas, saham syarikat akan diserahkan kepada siapa, secara hibah, supaya proses pertukaran hakmilik dapat dilakukan dengan lebih pantas, dan kepada orang yang dikehendaki. Sebagai contoh, Ahmad selaku pemegang saham terbesar, mahu menghibahkan saham miliknya kepada isteri, selepas kematian, supaya isteri boleh terima sebahagian manfaat daripada keuntungan yang syarikat perolehi dan juga supaya urusan syarikat tidak dicampurtangan oleh ramai waris, kecuali isteri.



Bayaran:
RM2,750 per orang
Pakej 2: PAKEJ KELUARAGA
Setiap dari kita, adalah dituntut untuk membuat perancangan harta, sekurang-kurangnya dokumen wasiat kerana harta yang kita miliki hari ini, tak kisah kecil atau besar, ia tetap perlu ditukar hakmilik kepada orang atau generasi selepas kita.

Terdapat 10 kelebihan dokumen wasiat seperti yang telah diceritakan di atas, iaitu:
  1. pelantikan wasi
  2. senarai aset
  3. senarai hutang
  4. penentuan harta mengikut hasrat pewasiat
  5. tak perlu mohon surat kuasa mentadbir
  6. tak perlu 2 orang penjamin
  7. tentukan penjaga anak bawah 18 tahun
  8. tentukan cara agihan baki harta
  9. wakaf & amanah kepada bukan waris
  10. arahan tambahan/ pesanan terakhir



Pakej Keluarga ini terdiri daripada:
  • 2 x dokumen wasiat

Pakej wasiat untuk 2 orang ahli keluarga sama ada:
  • suami dan isteri
  • ibu/bapa dan anak, atau
  • 2 ahli keluarga terdekat
Lebih penjimatan berbanding 2 x pakej individu.


Bayaran:
RM3,000 (untuk 2 ahli keluarga)

Atau,
RM1,600 untuk 1 orang sahaja
Pakej 3: RANCANG HARTA SEPENCARIAN

Pembahagian harta sepencarian, antara suami dan isteri, mengikut persetujuan bersama, di mana kedua-dua pihak (suami dan isteri) boleh membuat keputusan
dan bersetuju dengan pembahagian hak mereka.

Pakej Rancang Harta Sepencarian terdiri daripada 2 perkara iaitu:

  • 1 x dokumen wasiat
  • 1 x perjanjian harta sepencarian

Harta yang dinyatakan akan ditukar hakmilik atas 3 perkara, iaitu:

  • bercerai hidup
  • bercerai mati
  • poligami

Suami adalah paling dituntut untuk membuat perjanjian harta sepencarian ini, bagi melindungi hak isteri-isterinya, supaya sentiasa terbela, tidak tertindas dan
mengelakkan pergaduhan yang mungkin boleh berlaku di kemudian hari.


 

Bayaran:
RM2,750 per orang

Pakej 4: SERVIS TUNTUTAN PUSAKA
Ada harta pusaka arwah keluarga yang masih tertangguh untuk diuruskan?
Serahkan kepada kami untuk kami bantu uruskan, supaya ia boleh dibahagi dan ditukar hakmilik dengan lebih pantas.



Bayaran:
  • RM5,000 – RM10,000
  • bergantung pada jumlah aset dan jumlah waris
  • untuk Pusaka Kecil, nilai harta RM2 Juta dan ke bawah

Hubungi IEP Anda:

Nama saya adalah…
Perancang Harta Pusaka Islam /
Islamic Estate Planner (IEP),
as-Salihin Trustee Berhad

Nak Buat Perancangan Harta
Atau Servis Tuntutan Pusaka Arwah?

atau, Isikan Borang Di Bawah Ini:

Bertindak SEGERA!

Jangan Bertangguh Lagi!
Hanya 4 langkah mudah untuk bermula…

Langkah 1

Lengkapkan borang di bawah, semua maklumat yang diperlukan untuk saya nilai pelan medical card mana bersesuaian dengan budget dan keperluan anda

Langkah 2

Saya akan hantar kepada anda 3 quotation terbaik daripada 3 syarikat takaful yang bersesuaian dengan budget dan keperluan anda

Langkah 3

Sesi konsultasi secara online / offline bersama saya supaya anda dapat faham manfaat yang diambil dengan lebih terperinci

Langkah 4

Permohonan dan pembayaran online terus kepada syarikat takaful pilihan. Polisi diaktifkan selepas kelulusan

Soalan Lazim:

as-Salihin Trustee Berhad (aST) adalah merupakan sebuah syarikat amanah yang dibentuk di bawah Akta Syarikat 2016 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949.

Ditubuhkan untuk memenuhi keperluan umat Islam bagi memelihara, melindungi dan mengagih harta berdasarkan prinsip Syariah.

IEP pula adalah singkatan kepada Islamic Estate Planner, selaku wakil kepada aST bagi membantu anda buat perancangan harta dan pengurusan harta pusaka.

Isikan borang yang disediakan di atas atau tekan button whatsapp untuk terus berhubung dengan IEP.
  1. Maklumat Peribadi pemohon serta Salinan Kad Pengenalan (Warganegara) atau Salinan Passport (Bukan Warganegara)
  2. Senarai Aset & Hutang
  3. Menyatakan hasrat pemohon berkaitan kaedah pengagihan beserta maklumat penerima.
  4. Melantik Wasi yang akan bertanggungjawab menguruskan hutang, harta pusaka dan melaksanakan pelaksanaan.
  5. Melantik penjaga harta bagi anak bawah umur.
Proses Perancangan Harta ini akan diselia dan dibimbing oleh pegawai as-Salihin Trustee Berhad. Rujuk IEP untuk bantuan dan pertanyaan lain.

Proses penyediaan dokumen mengambil masa selama 3 sehingga 7 hari bekerja selepas pihak as-Salihin Trustee Berhad menerima dokumen yang lengkap beserta pembayaran deposit.

Tempoh masa diatas adalah bergantung kepada jenis produk Rancang Harta yang dipilih.

Tidak. Bayaran bagi pakej Rancang Harta adalah sekali sahaja semasa proses penyediaan dokumen.

Pelaksanaan pembayaran pentadbiran Rancang Harta akan dikenakan setelah berlakunya kematian pemohon. Bayaran pentadbiran ini akan dijelaskan menggunakan harta yang ditinggalkan.

Sila rujuk IEP untuk bantuan.

Atau, kemaskini secara online melalui portal Sistem E-PAI.

Disclaimer: Ini bukan laman web rasmi syarikat as-Salihin Trustee Berhad. Ia adalah laman web sekumpulan IEP yang bertujuan mahu memberikan lebih penerangan dan pencerahan tentang hal berkaitan perancangan harta dan pengurusan harta pusaka, khususnya bagi umat Islam. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham yang wujud sepanjang anda melayari laman web ini. Anda dinasihatkan untuk terus berhubung dengan IEP yang menjadi wakil syarikat aST.
Anda IEP dan nak landing page macam ini?
Share to:
a
© 2025 IEP-aST.com
a
Anda IEP dan nak landing page macam ni? Whatsapp Admin
error: Content is protected !!